Sulit
4 tahun
Pesakit gastrik yang sedang kekeliruan
assalamualaikum…saya wan dzul…umur 24 tahun…nak tanya sikit…kalau ada gastrik boleh ke kalau minum susu…sebab ada orang cakap boleh minum susu…ada orang cakap tak boleh minum susu…masalahnya saya dah minum banyak susu dah ni…tuh je soalan saya…tq
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah gastritis ialah keadaan dimana perut anda sedang mengalami keradangan dan akan mengeluarkan asid yang banyak. Untuk seketika, ya susu membantu untuk melegakan kepedihan perut tapi dalam jangka masa yang lama atau selepas beberapa jam, perut akan lebih mengeluarkan asid hasil daripada minuman susu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.