Sulit
4 tahun
Plan untuk mengambil Abortion Pills jika pregnant
hai saya terlepas hari nak period dah 8 hari . saya ada lakukan hubungan sex . last tarikh bermula saya period pada 18 september dan habis period pada 24 september. saya pregnant ke ? if i really am pregnant, saya dah check kat pregnancy calculator berapa lama saya dah pregnant . saya check dia kata dah 5 weeks 1 day . harini tarikh 24 october. does that really make sense?? . my last period habis 24 september , today is 24 october and it says that im 5weeks of pregnant??? . this is the first time im having issues like this . Saya juga dah jalan kan pregnancy test 2 kali . it shows double line and i know what does it mean but im not quite sure . if i really am pregnant , ive been planning to take the abortion pill (mifepristone , misoprostol) . ada jual di farmasikan ? . please kindly reply. im desperate
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, usia kehamilan bayi dihitung bermula dari hari pertama haid terakhir yang mana dalam kes anda, hari pertama haid terakhir adalah pada 18 September. Apabila dihitung, 18 September sehingga ke hari ini (24 Oktober 2019) adalah 37 hari yaitu bersamaan dengan 5 minggu 2 hari. Justeru, usia kehamilan anda dianggarkan sekitar 5 minggu.
Merujuk kepada pertanyaan anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan menggugurkan. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut. Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.