Sulit
3 tahun
PMS ketika melakukan persetubuhan
Salam, saya ingin menanyakan soalan berkaitan, saya sedang datang bulan (PMS), ketika bersama dengan suami, suami telah melepaskan air mani ke dalam. Soalannya adakah potensi utk pregnant ada atau bagaimana? Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haid. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan. Untuk menjadi hamil bergantung kepada bila anda datang haid dan bila anda melakukan hubungan seks dengan suami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.