Sulit
2 tahun
Post surgery wisdom tooth extraction
Baru selepas 5 hari minor surgery buang geraham bongsu. Tapi belakang lidah rasa pedas & kurang selesa. (Rasa macam pedas masa doktor spray ubat bius tu). Normal ke? Macam mana nak kurangkan rasa tidak selesa lidah tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang rasa yang tidak selesa di dalam mulut selepas 5 hari pembedahan kecil membuang gigi bongsu.
Penggunaan ubat bius lokal biasanya tidak meninggalkan kesan yang begitu lama selepas penggunaan.
Gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh saraf yang tercedera dan masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan tersebut dilakukan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.