
Sulit
4 tahun
Postif covid selepas test kedua
hi doctor, untuk first test saya negative dan quarantine sebagainya ditetapkan. selepas itu, saya buat test kali kedua dah ianya postive. bagaiman boleh terjadi dan sekira nya pihak kkm tak hubungi saya untuk membawa saya ke tempat quarantine yg disediakan adakah itu bermaksud saya harus quarantine sendri dirumah? dah bagaimana prosedure nya?adakah saya harus membuat swaptest lagi, pada hari keberapa, dah berapa lama lagi harus saya quarantine? bagaimana saya harus maklum kan kepada pihak tempat saya bekerja saya harus quarantine lagi tanpa ada surat? kerana saya masih belum mendapat apa2 panggil dari kkm. tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah kawasan anda untuk melaporkan bahawa ujian kedua anda adalah positif. PKD memberikan maklumat selanjutnya dan surat yang untuk diberikan kepada majikan anda. Anda juga perlu melakukan kuarantin sendiri ini untuk 10 hari lagi sementara mendapatkan jawapan daripada pihak PKD. Sila klik link ini untuk mendapatkan maklumat Pejabat Kesihatan Daerah anda
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini