Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Potong rambut masalah kutu

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 30, 2020 3:21 AM

Sulit 2 bulan

Adakah kesan kutu potong rambut Dan membuat pencegahan

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, membotakkan rambut akan membuang semua telur kutu. Namun, memotong rambut dengan pendek sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini. Terdapat pelbagai ubat kutu yang boleh didapati di farmasi untuk membunuh kutu dan telurnya.

Langkah pertama yang boleh anda cuba adalah dengan menyikat rambut anda semasa rambut anda masih basah. Anda boleh membeli sejenis sikat khas untuk membasmi kutu di klinik atau farmasi. Selepas itu, anda perlu membasuh rambut anda sepenuhnya dengan menggunakan syampu biasa. Tanpa mengeringkan rambut anda, gunakan sikat khas tersebut untuk mengeluarkan kutu dan telur-telur kutu daripada rambut anda. Pastikan anda menyikat rambut anda dari pangkal hingga ke hujung rambut anda. Proses ini harus diulangi pada hari ke-5, ke-9 dan ke-13 dan ke-17. Jika kaedah sikatan rambut tidak berkesan, syampu atau losyen yang mengandungi bahan semula jadi seperti dimethicone, minyak tea tree atau minyak kayu putih boleh digunakan untuk membasmi kutu. Penggunaan syampu tersebut harus diulangi selepas 7 hari untuk membasmi kutu dengan sepenuhnya.

Langkah pencegahan kutu yang boleh diambil adalah seperti:

  • Elakkan kontak kepala-kepala dengan mereka yang berkutu
  • Elakkan berkongsi aksesori seperti tudung, topi, selendang, atau kot.
  • Elakkan berkongsi sikat dan tuala
  • Elakkan baring di atas tilam, sofa, bantal, permaidani atau patung yang dimiliki individu yang mempunyai kutu rambut.
  • Cuci semua pakaian dan cadar yang dijangkiti kutu dengan air panas.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 30 2020 03:21:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang kesihatan rambut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah uban di satu bahagian kepala sahaja selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak kecil saya ada uban sehelai di kepala bahagian kiri dan merupakan satu bahagian sahaja dan kini di bahagian yang sama ada beberapa helai… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Rambut Jarang dan Masalah Kuku Salam Doktor, anak perempuan saya mempunyai masalah rambut jarang dan pertumbuhan kuku yang amat perlahan sejak daripada lahir. Rambut dan kuku beliau tidak pernah dipotong disebabkan oleh pertu… Baca lagi...
53 hari
Sulit
Pening kepala , rambut luruh banyak , penglihatan kabur saya asma 18 tahun . saya ingin bertanya dekat dokter sejak menenjak ini rambut saya gugur agak banyak sekali . selalu luruh . lepas tu saya selalu sakit kepala sekarang ni tidak kira pagi petan… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Lelaki tiada janggut dan misai Saya lelaki (asli) berumur 24 tahun, namun saya tiada satu helai pun janggut dan misai. Sedangkan adik lelaki, dan abang-abang saya ada janggut dan misai. Bapa saya juga ada janggut. Keadaan fi… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Keguguran rambut di bahagian atas serta hadapan Saya berumur 32 tahun, masalah keguguran rambut saya bermula sejak umur 20 tahun. Bolehkah saya mengambil Finasteride, atau tidak digalakkan? Baca lagi...
4 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15