Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pregnancy for hyperthyroid

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 27, 2022 5:34 PM

Sulit 43 hari

Salam/ hi doc,

Saya wanita berumur 27 tahun dan menghidap hyperthyroid. Thyroid saya telah kembali normal tetapi sy masih dinasihatkn utk mengambil ubat dgn kadar dos yg rendah. Sy mengambil ubat jnis carbimazole dan apa yang sy faham ketika mngadung, saya tidak boleh makan ubat carbimazole.sy merancang utk mengandung tetapi masih makan carbimazole. Sekiranya sy didapati +ve hamil, adakah sy perlu stopkn sementara pengambilan ubat tersebut? Dan adakah sebaik sahaja sy +ve, sy perlu ke klinik utk tukar ubat?

Soalan seterusnya, saya perasan sejak thyroid saya kembali normal, rambut sy mula gugur banyak dan saya kerap buang air…adakah itu disebabkan side effect ubat carbimazole tersebut?

Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, ubat ini juga sama seperti ubat-ubat yang lain di mana ia mempunyai kesan sampingan. Antara kesan sampingan ubat ini adalah:

  • demam
  • perut tidak selesa
  • ruam kulit
  • sakit kepala
  • menganggu deria rasa
  • sakit pada sendi-sendi

Jika anda mempunyai kelenjar tiroid yang terlalu aktif, anda masih perlu mengambil ubat carbimazole semasa kehamilan anda. Ubat ini boleh melepasi plasenta jadi dos yang paling rendah harus ditetapkan supaya bayi kurang berkemungkinan terjejas. Tetapi jika anda sudah menggunakan Carbimazole semasa anda hamil, anda dinasihatkan untuk menukar perubatan tersebut.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Jun 27 2022 17:34:03 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang tiroid secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80