
Sulit
4 tahun
Pregnant after miscarriage
Saya telah keguguran pada 30/3/2021 dan melalui proses d&c. Setelah seminggu darah nifas telah tiada. Pada 9/4/2021 , ada darah keluar tapi kuantiti tak banyak. Saya assume itu period dan it last only 4 days. Semalam saya cek upt (+) dan opk jugak (+) . Pagi tadi juga positif result. Bahaya atau tidak pregnancy ni? And betul ke saya pregnant?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, seorang wanita boleh mengalami ovulasi dan hamil seawal 2 minggu selepas keguguran. Namun saya nasihatkan anda untuk mendapatkan konsultasi di klinik berdekatan kerana beberapa maklumat tentang latar belakang kesihatan anda perlu diperolehi. Sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan tanpa maklumat yang mencukupi.
Secara amnya, tiada risiko yang berbahayakan jika hamil kembali dalam tempoh yang cepat selepas mengalami keguguran, tetapi doktor-doktor pakar sarankan untuk menunggu 2-3 bulan sebelum cuba untuk hamil semula.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.