
nurhayati_nmm
4 tahun
Program Derma Darah Anjuran Syarikat
syarikat kami akan mengadakan program derma darah yang melibatkan pekerja kami dan pejabat kesihatan daerah di premis kami. dalam situasi COVID 19 sekarang adakah wajar untuk kami menangguhkan program ini atau sebaliknya? mohon penjelasan doktor untuk rujukan kami. sekian, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Buat masa ini, kerajaan telah menetapkan majlis yang mempunyai 250 peserta dan keatas tidak boleh dijalankan atas langkah berjaga-jaga. Maka, jika penyertaan majlis yang anda jalani melebihi jumlah penyertaan tersebut, anda disarankan tidak menganjurkannya.
Jika penyertaan dianggarkan kurang, anda disarankan melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini