Sulit
6 tahun
Prosedur covid 19 bagi individu yang pulang dari luar negarar
Ada ahli keluarga saya akan pulang dari luar negara bersama kawan kawan dari kemboja. Dan pulang ke Terengganu. Mereka akan transit di klia. Jadi perlukan mereka dikuarantine di hospital
6 tahun
Salam sejahtera,
Berdasarkan garis panduan terkini, barang siapa yang kembali dari luar negara hendaklah menjalani kuarantin kendiri di rumah. Bagi yang menunjukkan simptom jangkitan, mereka akan dikhendaki melakukan saringan jangkitan ini.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































