Sulit
3 tahun
Prosedure perubatan Serangan Jantung
Saya lelaki berumur 55 tahun, 20hb lalu saya kena serangan jantung, dada tegang hingga kebelakang, sesak nafas, berpeluh dan kulit pucat.
Semasa berada di bilik kecemasan hospital, saya di beri ubat pencair darah salah satunya. Memandangkan ubat ini tidak habis pada masa yg di tetapkan contoh 2jam, ubat tersebut dialirkan secara laju dan bukan secara titisan untuk menghabiskannya.
Akibatnya jantung saya sangat sakit secara tiba tiba, lebih sakit dari sakit sebelum ini, sedangkan saya tidak merasakan sakit jantung saya sebegitu.
Soalan saya apa kah prosedure melajukan aliran ubat tadi perlu ?
Akibat dari aliran ubat tadi, jantung saya sakit yang amat seperti hendak pecah.
Apakan sakit tadi juga telah mencederahkan Jantung saya?
Mohon jawan tuan/puan doktor.
Sekian, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kemungkinan besar anda mengalami komplikasi dari serangan jantung yang memerlukan ubat tersebut. Hal ini normal berlaku sekiranya anda menerima ubat tersebut dan kebiasaannya doktor akan memberi amaran bahawa ubat tersebut akan memberi kesakitan yang luar biasa.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti nama ubat pencair yang diberi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































