balqisy
6 tahun
Punca Kejadian Ketumbit
saya wanita, 39 tahun. saya pernah merujuk kepada pegawai perubatan kerajaan dan swasta tentang masalah di kelopak mata saya. kadang kala bengkak, dan sesekali terdapat byk tahi mata. doktor telah mengesahkan masalah yg saya alami ialah ketumbit.
yang menjadi tanda tanya saya ialah, kenapa ia hanya berlaku selepas saya bekerja shift malam? adakah faktor tidak tidur malam juga memainkan peranan dalam kejadian ketumbit?
mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan yang bijaksana. terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, ketumbit biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel bulu mata. Bagi merawat jangkitan biasanya ubat antibiotik digunakan. Namun begitu, sesetengah jangkitan tidak akan sembuh selagi nanah di dalam jangkitan seperti ketumbit tersebut dikeluarkan.
Biasanya pembedahan ketumbit merupakan pembedahan kecil untuk membuang nanah dan biji ketumbit tersebut. Sila rujuk kepada doktor di klinik atau doktor mata bagi rawatan selanjutnya.
Selalunya tiada kaitan waktu ketumbit biasa terjadi. Mungkin ianya adalah satu kebetulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.





























