Sulit
3 tahun
Punca kekerapan kencing berkurangan
hi doctor…umur saya 27 tahun…dua tiga hari ini saya perasan kekerapan kencing saya berkurangan…saya hanya kencing 2 kali sahaja sehari…dulu saya kencing 5 hingga 7 kali sehari…apakah sebab perubahan ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda terdapat banyak sebab pengurangan kadar buang air kecil berlaku. Antaranya adalah:
- dehidrasi
- jangkitan kuman
- saluran kencing tersumbat
- kesan daripada pengambilan ubat-ubatan
Namun begitu, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.