
Sulit
4 tahun
Punca Kesukaran Hamil
Hai, saya wanita berusia 24 tahun, berat saya 36kg, suami saya kerap merokok dengan vape depan saya adakah ia punca saya sukar untuk hamil. saya pernah bersama waktu saya subur tapi mungkin tiada rezeki lagi ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham tentang kerisauan anda terhadap masalah yang anda sedang hadapi.
Ini hanya pandangan am kami dan terdapat beberapa faktor mengapa puan sukar hamil. Faktor-faktor tersebut boleh berpunca dari kedua-dua jantina.
Faktor lelaki:
- Merokok; merokok merupakan salah satu punca utama mengapa lelaki kurang subur dan boleh menjurus kepada kegagalan ereksi (erectile dysfunction)
- Alkohol; alkohol mengurangkan isipadu air mani dan kualiti sperma
- Obesiti
- Stres
Faktor wanita:
- Kitaran haid tidak teratur
- Penggunaan kontraseptif (pil, implan atau IUD)
- Stres
- Obesiti
- Uterine fibroid
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Endometriosis
- Kegagalan ovari (Ovarian dysfunction)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Terdapat pelbagai lagi sebab mengapa anda mendapati kesukaran hamil dari segi perubatan. Kami sarankan agar anda dan suami menjalani pemeriksaan kesihatan dan pergi ke kaunseling prakonsepsi (preconception counselling).
Jika anda mempunyai pertanyaan lain, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk kaunseling dan konsultasi di atas talian. Terima kasih
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!