ikasufi30
4 tahun
Punca temuak susu melalui mulut dan hidung untuk bayi 2 bulan
saya ibu kepada anak saya berumur 2 bulan . anak saya kerap termuak susu melalui mulut dan hidung walaupun dah di sendawakan . ada kah perkara ini normal atau pun menjejaskan kesihatan nya .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dihadapi anak anda boleh disebabkan:
- Lebihan pemberian susu
- Perut tersumbat (“pyloric stenosis”)
- Alahan susu
- Jangkitan kuman - dalam perut, saluran kencing atau saluran udara juga boleh menyebabkan keadaan yang dialami anak anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan kerana jika dibiarkan anak anda boleh tersedak susu dan menyebabkan jangkitan saluran udara. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.