Anonymous
6 tahun
Pundi kencing sakit apabila membuang air kecil
Ia mula terjadi awal bulan april…mulanya mungkin kerap minum minuman panas contoh tea @milo dll…kemudian saya kurangkan dan lebihkan kepada air suam…pada pertengahan bulan april ia mulai hilang…dan mula menyerang kembali pada awal bulan ni…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran kencing contohnya jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap (Inkontinens limpahan) . Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu ginjal, atau tumor saluran kencing yang menyekat uretra.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































