Sulit
2 tahun
Puting payudara berkedut
saya ingin bertanya, kalau puting payudara berkedut adakah itu salah satu simptom kanser payudara? Adakah itu suatu perkara yang tidak normal? terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan gejala puting payudara berkedut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan pelbagai perkara. Anataranya:
- Cuaca kering
- Eksim
- Pakaian dalam atau bra
- Barah payudara
Gejala yang anda alami tidak semestinya disebabkan oleh kanser payudara. Antara tanda kanser payudara:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan segera jika anda menghadapi tanda tanda kanser payudara. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.