
Sulit
4 tahun
Puting payudara saya boleh tertanggal kulitnya
Saya wanita berumur 22 tahun. Payudara kiri saya putingnya kalau saya sentuh atau garu,kulitnya boleh tanggal. Kekadang area situ gatal dan sakit kejap kejap. Benda ni berlaku dalam setahun dah jugak tapi saya ignore je sebab ingat macam normal kulit tu boleh terbuang or tanggal. So actually benda ni normal or saya perlu jumpa doktor ye ? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat kulit tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Crack nipple
- Gangguan kulit yang lain
Walaupun gejala yang dialami mungkin tidak mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan puting tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.