Sulit
4 tahun
Puting payudara saya sebelah kiri sakit, dy terasa mencengkam, macam anda bnda lurus di bhagian puting tersebut
Sya berumur 19 tahun, sejak dua menjak ni badan saya makin kurus, puting payudara saya di bahagian kiri sakit, seperti ada bnda di dalamnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang payudara (mastitis)
- Kanser payudara
- Breast cyst
- Phyllodes tumor
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda, perkara ini memerlukan perhatian doktor segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































