
Sulit
4 tahun
Puting payudara tenggelam sejak masa pertumbuhan
Assalam doktor, umur saya sekarang 19. Saya ada masalah puting tenggelam. Saya dah try cakap dengan ibu tapi dia kata takdek masalah. Puting saya pon mengeluarkan cairan tapi kering dan saya sering berasa lenguh di sekitar payudara. Saya cuba juga lakukan urutan untuk timbulkan puting saya tapi tidak berkesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu puting payudara yang tenggelam. Untuk makluman anda, gejala puting tenggelam boleh disebabkan oleh perkara yang serius dan tidak. Ia mungkin terjadi akibat faktor kongenital tetapi fahami bahawa gejala ini boleh berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam hidup setiap wanita. 10- 20% wanita mempunyai puting yang tenggelam, ianya bukanlah sesuatu perkara yang asing. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Bagi masalah keluar cecair pada puting, pakar mengatakan punca fisiologi boleh menyumbang kepada faktor keluarnya cecair daripada puting dan perkara ini tidak berbahaya kepada kesihatan.
Menurut Institut Kesihatan Nasional, gejala ini boleh terjadi terutamanya apabila payudara bergeseran dengan pakaian anda. Namun begitu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- kedua-dua belah payudara anda bergejala
- Cecair yang keluar daripada puting yang bengkak i dan ia menyakitkan, berdarah atau mempunyai rona berwarna kehijauan
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.