
Sulit
4 tahun
Rasa hidup tiada masa depan
Saya remaja berusia 19 tahun, memiliki sijil pt3 dn tidak mengambil spm,saya mengambil keputsan utk Berkerja dgn mkcik saya sebagai pembantu dlm urusan rumah,kebelakangan ini saya merasakan perubahan pada diri saya seperti diri tidak ceria seperti dulu,saya rasa hidup saya tiada tujuan dn hala tuju masa depan yg baik, juga tidak fokus dlm melakukan kerja2 saya,saya juga ada masalah pelupa,saya kerap digelar bodoh/lembab disebabkn hal ini,ini buat saya berasa tidak berguna pda diri sndiri mahupun terhadap org lain,saya juga tidak yakin utk berhadapan dgn org ramai,saya sering menganggap saya memiliki depresi ,anxiety dn sebagainya walaupun sya tahu semua masalah mental hanya bole ditentukan melalui perjumpaan dn makluman dri pakar2 perubatan bertauliah. Saya perlukn jawapan bolehkah saya dapatkan rawatan kaunseling jika saya mengalami perkara saya ni? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Berkenaan dengan soalan anda sama ada anda boleh mendapatkan rawatan atau bantuan mengenai masalah yang dihadapi, ya, anda boleh mendapatkan rawatan suapaya bantuan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.