
kranjeny
4 tahun
Rasa kejang di sebelah kiri kepala
Saya wanita berumur 30,2 kali saya telah mengalami kekejangan di kepala sewaktu tidur malam. Kekejangan itu selama 1 ke 2 minit dan turun ke leher. Saya paksa untuk sedar dan urut kepala saya perlahan2 untuk kurangkan kesakitan tersebut. Saya ingin tahu apa punca dan penyebab kekejangan di kepala. Tk.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda sakit kepala kemungkinan simptom kepada penyakit:
- migrain yang mempunyai ciri-ciri sakit yang teruk di satu bahagian kepala.
- tekanan (tension headache)
- penyakit serta ketegangan pada dalam mata (cluster headache)
- kejang otot
- tekanan darah tinggi
Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera jika anda mempunyai gejala ini:
- demam
- pengsan
- loya dan muntah
- kekejangan pada tengkuk dan leher
- kebas di satu bahagian anggota badan
- kesukaran untuk melihat, bercakap atau berjalan
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang isu ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.