
Sulit
2 tahun
Rasa kembung perut berpanjangan
assalmmualaikum dokter , sye umur 20 tahun sye hendak tau apa punca yang sye alami selamani , simptom ye adalah seperti kerap terasa kembung perut , rasa angin dalam bdn sendawa dan kentut kemudian terasa loya dan mual , sakit pada bahagian atas dan bawah perut , pedih ulu hati ,senak dan kerap kencing selang berapa hari sye mengalami sakit pada bahgian rahim kiri dan kanan , sakit pada paha. dokter apakah tanda yang sye alami sekarang ini? sakit ini terlalu kerap dan tidak pernah surut … terasa kerap perut kembung dan tidak selesa saat tidur …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kembung perut dan kerap kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Fibroid dalam rahim - apabila ia membesar, ia boleh menekan pundi kencing dan menyebabkan gejala kerap kencing
- Masalah ovari seperti kista (cyst) ovari yang membesar dan menyebabkan perut kembung dan kerap kencing
- Kehamilan - jika anda pernah melakukan persetubuhan
- Masalah penyakit ulser perut
- Masalah keradangan pankreas - boleh menyebabkan gejala perut tidak selesa dan kerap kencing akibat kencing manis kerana hormon insulin yang dihasilkan organ pankreas tidak dapat dihasilkan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.