Sulit

3 tahun

Rasa kurg selesa, kebas cikit2, penat dan kadang nyeri

Sebenarnya saya tidak tahu macam mana nak explain sakit yang saya alami. Sbb saya sendiri tidak tahu apa yang alami. Saya cuba utk explain
Saya perempuan berumue 35 thn, ex-pesakit TB yg hmpr 4 bln habis rwtn mkn ubat.

  1. Bila ambil ubat TB, bln 3 dok srh saya ambil injection cegah kehamilan. Saya ambil dan samp sekrg mengalami mslh period tidk normal. minggu period keluar cikit2.Tpi, dri tgh bln 8 sampai skrg dh 1 bulan period cikit2…cuma masa saya pegi health screening 2 mgu lps, period tidk dtg 4 5 hari. Saya igt dh habis, tpi dtg lagi sampai skrg.

  2. Sepanjang dan selepas menerima rwtn TB, saya mengalami mslh sakit leher,tgn,bahu,kdg2 dada dan skrg breast.

  3. Bln 1,saya mengalami mslh tendon di ankle,ambik injection sebagai rawatan dan pada waktu mlm tiba2 mengalami mslh kebas tgn kiri,jari rasa dicucuk,sangt kebas samp xbole tido tpi saya still bole thn. Esok pagi kebas teruk hilang,tpi tgn kurng rasa selesa dan penat,ada 3 4 hri baru hilang sendiri. Saya ingt biasa2 la.

  4. Slps itu,saya kerap sakit leher knn dan bahu,saya igt slh tido…sbb pegi klinik dok ckp slh tido…mknla ubat2 yg dia bagi, sembuh juga tpi tidk spnhnya.On off sebulan pti ada sekali kena. Sampaikn saya tukar bantal mahal.

  5. Lepas tu, bln hjg bln 5, tiba2 kejadian kebas tgn berulg lagi,tpi sblh kiri, lps tu mlm kedua sblh knn… 3 4 hari jgkla…sgt terasa sakitnya, rasa mcm kebas, sakit muscle (sbb bila tkn ada rasa sakit cikit), jari2 rasa dicucuk and rasa mcm sakit saraf ada juga. Pegi klinik dok ckp xde mslh saraf or muscle. Sakit dri tgn beralih ke leher dan bahu,tpi tidak terlalu sakit cuma kurg rasa selesa dan penat, kdg2 je sakit.Ada 1 bln lbh mcm tu secara on off.Sbb virus covid skrg saya, saya takut utk membuat pemeriksaan berjumpa pakar.Dan sakit tu hilang dgn sendri. Tpi xlama lepas tu, sakit tgn kurg selesa dtg lagi. Lepas 3 4 hri skt tgn, akn beralih ke leher dan bahu. Skrg beralih ke bhgn dada dan breast. Saya xtau saya sakit apa.
    Disebabkn mslh tu, 2 minggu lepas, saya membuat health screening dan result semuanya okay. Cuma xda pakej screening utk check muscle dan saraf. Saya tidak mengalami mslh pernafasn spjg sakit. Cuma rasa kurg selesa, penat dan kebas cikit2 saja.

  6. Dan saya merasakan tangan saya juga tidak sekuat dulu.Sbb boleh dikatakan saya org yg kuat mmpu angkt brg2 berat dan tangan berkerja dgn lebh keras.Tapi skrg thp kekuatn tu berkurgn.Contoh, kalau dulu bole angkt 10kg sblh tgn…skrg,tgn akn terasa penat dan akn mula rasa penat dan kebas utk 1 2 hari.

  7. Rumusannya sakit yg saya alami bergilir2. Kalau tgn sakit,bila hilg skit tgn,beralih ke leher knn akan sakit, lps tu, hlg skt leher, pegi ke bahu knn, lps bahu kiri,dan sekarang sakit dibhgn breast, bila hilg kt breast skt di dada dan kdg2 pegi ke bahu dan tgn. Tpi saya tidak mengalami sakit bernafas. Sakit tidak berterusan, kdg2 hilang 4 5 hari lps tu dtg lagi.

  8. Saya sebenarnya xtau apa sakit saya. Leher,bahu,tgn,dan skrg dada dn breast.mslh yg sama kurang selesa, penat, kebas sikit dan skli2 rasa nyeri skjp (a few second-tidak kerap). Tpi bila ditekan bhgn yg saya rasa sakit, mula2 tkn terasa sakit, bila tkn kali ke 2 3 tidak ada rasa sakit.

9.Jadi sekrg,saya sendiri xtau punca sakit saya bhgn mana. Pemeriksaan apa saya ptt buat dulu? Doktor apa yang ptt saya jumpa?
Kadang2 saya beranggapan adakah semua ini kesan pengambilan ubat TB terhadap bdn saya?

Maafkan saya dengan cerita yang panjang.Saya sangat berharap agar doktor dapat memberi pendapat.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda yang teliti.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kekebasan, sakit leher dan bahu, kekebasan, masalah lutut dan juga kelemahan yang dialami kebelakangan ini. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun mungkin berkait dengan penyakit TB yang pernah anda lalui ataupun tidak.

Rawatan TB mengandungi beberapa regimen yang perlu diikuti untuk mendapatkan hasil yang maksima iaitu Isoniazide, Rifampicin, Pyrazinamide, dan Streptomycin. Ubat-ubat tersebut mempunyai kesan sampingan yang khas untuk setiap ubat. Namun, kesan sampingan ubat Isoniazide ini adalah paling berkait dengan masalah anda, iaitu masalah pengsarafan atau Peripheral Neuropathy.

Peripheral Neuropathy merupakan salah satu kesan sampingan yang serius setelah melalui rawatan TB. Ia akan menyebabkan kekebasan yang teruk dan juga boleh merosakkan sistem pengsarafan anda sehingga boleh menyebabkan sakit leher dan bahu.
Namun, ini hanyalah salah satu kemungkinan menurut situasi anda.

Posibiliti yang lain adalah kemungkinan jangkitan TB tersebut tidak lagi sembuh sepenuhnya dalam badan, dan mungkin ia merebak ke bahagian atau organ lain dalam badan. Berikut merupakan jenis jangkitan TB lain selain pada paru-paru:

  • TB tulang
  • TB perut dan usus
  • TB otak atau meninges (salutan otak)
  • TB organ reproduktif dan salur kencing

Pada pendapat kami, masalah sakit leher, bahu, payu dara, dan kekebasan tangan adalah disebabkan oleh masalah saraf tulang belakang pada bahagian leher yang boleh mengalami kerosakan, sama ada ia disebabkan oleh kompresi, kecederaan, ataupun keradangan yang berlaku. Penyakit TB ini mempunyai kecederungan untuk merebak ke tulang belakang dan juga saraf tunjang sehingga boleh merosakkan kedua-dua bahagian tersebut, dan menyebabkan penyakit keradangan seperti meningitis ataupun arthritis pada sendi tulang belakang. Akibat daripada keradangan tulang belakang, perkara tersebut boleh menyebabkan satu kondisi bernama Cervical Radiculopathy, yang boleh menghasilkan simptom-simptom anda tersebut. Ini menjelaskan kelemahan yang dialami oleh anda sejak kebelakangan ini kerana sistem pengsarafan yang terganggu di bahagian tulang belakang.

TB tulang juga boleh mempengaruhi sendi lain seperti lutut dan buku lali. Oleh itu, ini boleh menjelaskan masalah lutut yang anda hadapi sebelum ini.

Kami sarankan anda berjumpa kembali dengan doktor pakar anda mengenai masalah ini untuk menjalani ujian kesihatan semula bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan lebih tepat agar mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Jawapan yang diberi ini, hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

060920_JL_cough_feat-1028x579%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)