
Sulit
3 tahun
Rasa ngilu, asyik ingin ke tandas tapi tiada air kencing
salam, sy wanita bersuami dan anak 4. masalah sy asyik merasa ngilu dan sentiasa ingin kencing, langsung tidak boleh menahan kencing, jika menahan dlm tmpoh tertentu akan semakin teruk. sy penah menahan kencing, dan pernah kencing keluar darah cuma dlm kuantiti yg sedikit. masalh ini hilang dlm rempoh masa yg agak lama juga. sy belum pernah berjumpa doktor. adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah sy. apakah jenis ubat yg sesuai utk sy makan…sy amat perlukan nasihat dari doktor. sekian terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran anda berkenaan rasa ngilu dan asyik ingin kencing. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sering kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- minuman alkohol atau berkafein
- makanan tinggi kandungan asid
- obesiti
- kehamilan
- merokok
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan saluran kencing
- gangguan saraf
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang terdekat sekiranya gejala berterusan atau bertambah parah.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.