
Sulit
4 tahun
Rasa nk termuntah selepas bgun tidur dan perut kembung
saya mula2 demam biasa je,tapi bila saya bgun tidur saya rasa nk termuntah,tak kira waktu apabila saya bgun tidur,siang ke malam sama je akan rasa nk termuntah selepas bgun tidur,perut saya pun kembung,lepastu bila waktu mlm je badan saya rasa panas dan saya akan rasa nk termuntah,knp macam tu ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Ulser gastrik atau duodenum
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.