Sulit

2 tahun

Rasa sedih, takde semangat and takde mood

Salam sejahtera doc,saya perempuan umur 22 tahun. Lepas bersalin 7 bulan lalu… masalah saya adalah…

Saya mengalami mental breakdown due to apa yg saya alami ketika bersalin. Saya preg luar nikah and anak terpaksa bagi kat org bersalin pun sendiri di hosp.

Yg menjadi masalahnya bila saya balik, saya jadi selalu sedih…blues… pastu kerap marah. Saya dgn pasangan masih berhubung tapi kami pun selalu je bergaduh…

Saya yg inginkan rasa perhatian sbb benda yg jadi ni betul2 main emosi… hingga sekarang, setiap kali jam 12 malam ke atas kalau saya tak tidur saya akan overthinking fikirkan benda yg dah jadi, sampai satu tahap ketika saya nangis, saya akan jadi rasa tak selesa pada badan saya sendiri. Pada jari saya terutamanya. Waktu nangis tu, saya rasa macam ada sesuatu kat semua jari and rsa macam nak cabut je jari ni semua.

Saya taktahu kenapa saya jadi tak semangat, takde mood. Kat tempat kerja pun ada isu yg kadang triggered saya jadi macam blue je. Saya ada buat DASS online tapi belum lg refer ke doc berdekatan… saya risau benda ni macam takde pape…

Pd pendapat doc apa masalah dgn saya and apa first step saya kena buat? Thankyou doc.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala sering merasa sedih, cepat marah, dan ingin mencederakan diri sendiri merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).

Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.

Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:

  • gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
  • gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
  • gangguan kemurungan selepas bersalin
  • dll.

Buat masa ini, saya amat menyarankan anda agar dapat berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

pregnant-woman-her-husband-hand-showing-heart-shape%20(2)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)