Sulit
2 tahun
Rasa sejuk masa mandi
Saya rasa tkut bila nak mandi, bila mandi rasa sejuk dan rasa macam nak pitam tetapi bila lpas mandi saya okey. Macam mana saya nak atasi masalah ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sejuk apabila mandi disertai dengan rasa nak pitam. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang adik anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terlalu penat dan kurang berehat
- Kekurangan gula didalam badan
- Keadaan cuaca yang terlalu sejuk
- Tubuh badan terdedah kepada persekitaran
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit tiroid seperti hipotiroid (tiroid kurang aktif)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih