
Sulit
4 tahun
Rasa takut dan emosi pengaruh usus
Saya lelaki berumur 20an ingin tahu adakah rasa takut dan emosi boleh pengaruh usus ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perasaan takut dan risau boleh menyebabkan gejala sistem penghadaman anda menjadi lebih teruk. Rasa takut dan gementar akan mengeluarkan hormon yang mempengaruhi sistem penghadaman anda.
Lakukan tips-tips ini untuk hilangkan perasaan takut:
- senaman pernafasan
- senaman
- yoga
- lakukan sesuatu yang menenangkan anda seperti mendengar lagu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.