
Sulit
3 tahun
Rasa takut terhadap semua perkara
Saya remaja berumur 19 tahun,sejak kebelakangan ni saya selalu rasa jantung berdegup laju,sesak nafas,sakit dada dan banyak lagi.saya juga sentiasa berasa takut jika mendengar berita tentang kematian,orng sakit, pasal peperangan dan banyak lagi.perkara ini membuatkan saya berasa takut dan saya akan berfikir bukan-bukan.Kadang ii saya juga takut jika keluarga saya meninggal atau sakit dan saya akan menangis,apabila hujan ketakutan itu akan menjadi lebih kuat kerana saya fikir akan terjadi sesuatu yang buruk.saya juga takut akan kematian.apabila saya tidur dan bangun saya dapati jantung saya laju,rasa takut dan ingin menangis.saya juga takut dengar bunyi haiwan macam ayam berkokok dan cicak.apakah penyakit ini doktor dan adakah ini penyakit berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda iaitu berasa takut terhadap banyak perkara sehingga memikirkan benda yang bukan-bukan. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala sebegini perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan fobia atau penyesuaian diri
- gangguan kesihatan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Kami menyarankan anda untuk segera rujuk permasalahan ini di hospital agar pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan dan diagnosis tepat dapat dibuat.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.