Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa tersangkut di tekak

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 18, 2021 1:49 PM

Sulit 47 hari

saya lelaki 21 tahun mlm smalam sya merasa ad sesuatu tersangkut di tekak saya padahal sya tak makan pape pun masa tu dan sehingga skg rse sangkut lagi, ini mmbuat saya kurang selesa. sya cuba search di internet pasal ni dn ad yg tulis bole mendatangkan pnyakit yg berbahaya, sya agak risau. hrp doktor boleh membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham situasi yang anda alami. Namun begitu keadaan anda ini memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan oleh doktor. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:

  • Radang tonsil (tonsilitis)
  • Radang tekak (pharyngitis atau laryngitis)
  • Masalah tiroid
  • Bendasing (foreign body) di dalam tekak

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Ini hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan diagnosis serta rawatan dapat diberikan kepada anda.

Sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran dengan segera sekiranya anda mempunyai:

  • Nafas berbau
  • Batuk berkahak atau/dan berdarah
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan dengan mendadak
  • Muntah-muntah

Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai keadaan anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jan 18 2021 13:49:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang sakit tekak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA