
araazani73
5 tahun
Rasa tidak selesa kerongkong
age 47. rasa upper right kerongkong tak selesa as if ada s/thing tersekat. since last 2 days. but makan dan minum as normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala tidak selesa pada kerongkong. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- GERD (makanan yang terkeluar dari perut kearah kerongkong)
- Radang Pharynx
- Ketumbuhan pada kerongkong (lebih-lebih lagi jika anda seorang perokok)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.