Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rawatan utk kaki eczima/kurap/psoriasis

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mac 19, 2019 2:31 AM

ordinary_lurve 16 bulan

Hi, sy berusia 28thn. Mengalami kulit kaki merekah dan menggelupas yg sgt teruk. Sesetengah doktor diagnos as kurap and ada yg diagnos as eczima. Sy mggunakan sabun ph5.5 dan dah sapu losyen / ubat dr doktor etc tp kesan tetap sama. Adakah pemakanan juga bg kesan? Adakah sy x blh mkn ayam daging seafood? Hrp doktor blh jelaskan punca/kaedab rawatan yg diperlukan. Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 16 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk masalah anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Namun begitu, sekiranya anda mengalami masalah ekzema, masalah ini biasanya berkaitan dengan allergi. Allergi bagi penghidap ekzema adalah berlainan antara pesakit. Kebanyakan pinghidap ini alah kepada makanan laut, namun terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak boleh mengambil makanan lain seperti telur.

Oleh itu, anda disarankan untuk memantau pemakanan yang boleh menyebabkan timbulnya masalah ini atau menyebabkan masalah tersebut semakin teruk, dan elakkannya.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dengan lebih lanjut secara atas talian dengan percuma. Harap membantu. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Mar 19 2019 02:31:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Psoriasis dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
aasmidahibrahim78
Mengidap penyakit psoriasis saya wanita berusia 25tahun dan kini menghadapi penyakit psoriasis selama 2bulan dan sudah merebak satu badan Baca lagi...
14 bulan
julie
Teman lelaki saya ada masalah kulit mengelupas dan kering dekat luar teling Hi Dr. , teman lelaki saya ada masalah kulit mengelupas dan kering dekat luar telinga? Adakah penyakit kulit ini boleh berjangkit? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Kesan psoriasis kepada wanita yang TTC Saya mengalami masalah psoriasis sejak dari umur 17 tahun. Sekarang saya berumur 27 tahun , sudah berkahwin dan sedang berTTC. Saya ada menggunakan ubatan yg saya percaya mempunyai kandungan ste… Baca lagi...
29 hari
ordinary_lurve
Rawatan utk kaki eczima/kurap/psoriasis Hi, sy berusia 28thn. Mengalami kulit kaki merekah dan menggelupas yg sgt teruk. Sesetengah doktor diagnos as kurap and ada yg diagnos as eczima. Sy mggunakan sabun ph5.5 dan dah sapu losyen / ubat dr… Baca lagi...
16 bulan
Anonymous
Rawatan untuk psoriasis Saya berumur 25 tahun. Saya mengalami masalah psoriasis di bahagian kulit kepala dan sekarang dah merebak sampai ke dahi muka dan di bahagian belakanh telinga saya. Saya dah cuba macam2 ubat tapi stil… Baca lagi...
14 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi