Sulit
5 tahun
Resdung dan allergies
Saya berumur 26 tahun, ada allergies terhadap makanan laut, beberapa jenis buah dan kekacang… gejala awal resdung cuma bersin awal pagi. bermula hujung tahun lepas resdung & allergies saya makin menjadi-jadi, bila salah makan atau habuk bersin takkan berhenti, kulit naik bintik2 gatal hingga kering pada bahagian mata, batuk kering, tekak berdarah, dan bersin sampai tak boleh kawal pundi kencing… saya mengambil citrize dan loratadine untuk mengawal alahan, tetapi tidak memberi kesan lama seperti sebelum ni… bila pergi klinik dan utarakan masalah yang sama, saya masih diberikan ubat yang sama… saya juga ada mengamalkan pengambilan vit c …
Ada cara lain untuk mengurangkan masalah ini?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya gejala resdung tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- alergi makanan
- jangkitan kuman
- reaksi imun yang bertindiih
- keracunan makanan
Atau gangguan penyakit seperti
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Buat sementara waktu, anda perlu
- teruskan rawatan yang telah diberikan
- menjauhi makanan atau perkara yang anda curgi dapat memicu gejala resdung
- amalkan kehidupan sihat, seperti bersenam untuk meningkatkan kestabilan imuniti tubuh
- dapatkan konsultasi selanjutnya apabila pengubatan tidak menurunkan gejala
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





































