Sulit
2 tahun
Resdung sampai tak boleh nak tidur
saya student saya dah rasa dah rasa macam tak boleh tahan resdung ni nak masuk stahun…saya selalu bangun pagi and x boleh tido time pagi sebab hdung sakit then kalau dah start bersin tu badan trus jadi lemah mmg lemah yang tak larat…lepastu memang tak boleh kene habuk sikit…macam yang sya cakap sya sekrang seorang student so susah sya nak focus belajar dekat sekolah sbb bila dh bersin hdung berair mmg tak boleh nk menulis …jadi sya nak tahu kalau smpi tahap ni kira oky lagi ataaupun kene cek ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah resdung boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Habuk
- Bulu kucing
- Makanan tertentu
- Cuaca dingin
- Bau-bauan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.