
Sulit
4 tahun
Resiko hamil selepas keguguran
Hai doktor, bulan ogos yang lepas, saya mengalami keguguran dan terpaksa cuci kerana janin tak keluar dengan sendiri . pada bulan september 24/9 saya mula datang haid tapi hanya 5 hari . selepas sebulan saya perasan, saya sudah 14 hari lewat datang haid. tetapi tadi pagi saya buat ujian kehamilan dan mendapati positive . Apakah kemungkinan saya mengandung ? dan adakah berisiko keguguran kali kedua kalau saya betul mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Oleh itu, anda disarankan untuk
Rehat
Tidak boleh mengankat barang yang berat untuk sekurang kurangnya 2 minggu
Tidak merokok/ minum alkohol
Kurangkan minuman berkaffein
Ambil ubat seperti folic acid dan vitamin, iron.
Kebiasaannya rawatan akan diberikan kepada wanita yang mengalami keguguran melebihi 2 kali.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.