Sulit
3 tahun
Result pcr covid kali kedua
bila waktu yang sesuai untuk membuat pcr selepas positve covid? kerana saya ada baca yang kita akan still positve. bila masa yang sesuai untuk buat pcr untuk dapat result negative?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai perkara ini. Berdasarkan kenyataan anda, keputusan akan masih positif buat beberapa bulan kerana terdapat antibodi melawan virus COVID-19 tersebut. Berkenaan bilakah ia akan menjadi negatif, kami tidak tahu kerana virus ini masih baru dan terdapat banyak kajian yang sedang dijalankan untuk mengetahui ciri-ciri virus tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini