Sulit
3 tahun
Risiko Pembedahan zakar
Saya lelaki berumur 40 keatas,. Boleh la, zakar yg bengkok d bedah untuk meluruskannya… mohon tuan doctor… terangkan dgn saya … atau kh ada cara lain selain drpd buat pembedahan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, zakar yang bengkok adalah perkara yang normal. Namun jika ia menyebabkan anda merasa sakit atau kesukaran untuk melakukan seks anda perlu bertemu dengan doktor di klinik berdekatan atau doktor pakar. Pembedahan untuk meluruskan zakar yang bengkok hanya dilakukan untuk situasi atau penyakit tertentu sahaja seperti Peyronie’s disease.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.