
Sulit
3 tahun
Ruam panas dan gatal pada budak 1 tahun
Selamat malam dr, saya nak tanya. Anak buah saya umur 1 tahun 5 bulan ni mengalami bintik merah hampir seluruh badan kecuali muka. Sudah dua kali pergi klinik dan klinik kerajaan kata kena ruam panas dan kurap manakala klinik swasta cuma bagi ubat sapu sahaja dan ubat tahan gatal. Saya perasan ruam tersebut semakin merebak sehingga ke dagu dan lebih 2 minggu tetapi tiada tanda membaik. Minggu hadapan kami bercadang hendak membawa anak buah saya ke hospital besar pula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kawasaki
- Demam Scarlet
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang dihadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat . Terima kasih.