Sulit
5 tahun
Sakir kepala dan dada
Selamat sejahtera doktor.Saya sekarang berumur 18 tahun.Saya nak tanya semenjak saya berumur 15 tahun saya mula sakit kepala tetapi jarang-jarang.Selalunya saya akan makan panadol 2-3 biji untuk hilangkan sakit kepala.Saya juga sensitif terhadap cahaya.Sekiranya panas yang melampau ataupun terlalu terang.Saya juga sering mual-mual dan sensitif terhadap bau.Nafas saya pendek dan saya cepat berasa penat.Saya dah ambil darah untuk TFT dan keputusannya normal.Saya juga telah buat chest x-ray kerana doktor suspek jantung bengkak dan doktor kata tiada masalah dengan x-ray.Doktor pelik kerana PR saya 110 bpm.Ada penyakit lain yang mungkin ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda gambarkan adalah seperti yang dialami oleh pesakit migrain. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sebab lain kepada masalah sakit kepala seperti:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































