
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah perut, cirit birit dan demam panas.. Apakah sakit ini doc?
Saya lelaki berumur32 tahun… Saya ada masalah sakit bahagian bawah perut,setiap kali sakit ini diserta dengan demam panas dan cirit birit.sebelum ini saya sudah pernah ke klinik dan doktor memgatakan bahawa hanya muscle pain dan diberi ubat sakit urat saja… Namun cirit birit masih lagi dan badan pon masih panas… Ini sudah kali kedua saya kena sakit perut macam ini… Setiap kali sakit ini akan diserta dengan demam panas dan cirit birit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit bahagian bawah perut. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- Keradangan saluran kencing
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu dalam buah pinggang
- Irritable Bowel Syndrome
Manakala gejala demam panas dan cirit birit merupakan gejala tambahan bagi penyakit di atas. Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, pemeriksaan fizikal perlu anda jalani serta untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Oleh itu saya sarankan anda berjumpa dengan doktor atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.