Sulit
6 tahun
Sakit bahagian belakang badan
Saya selalu rasa sakit di bahagian kanan belakang badan… saya pernah berjumpa doktor tapi masih belum buat x ray atau mri… hampir dua bulan saya rasa sakit… saya rasa di bahagian kanan belakang saya seperti lebih besar or macam kulit bahagian kanan tu lebih tebal berbanding kiri… rasa macam kebas… sebab kebaskan kalau kita cucuk2 kita tak rasa sakit… dan selalu rasa menyucuk di bahagian tersebut… dan sekarang saya rasa tegang dari bahu hingga ke leher saya… bahagian belakang telinga belah kanan saya macam ada timbulan sedikit… ada kaitan ke?? Dan kadang kadang tu saya rasa susah sikit nk bernafas dan perut banyak angin dan selalu rasa menyentap atau menyucuk di bahagian dada… semua yang saya rasa ada kaitan ke dengan sakit bahagian kanan belakang badan saya? Maaf doktor kalau penerangan saya sedikit kurang beradab… terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, gejala yanda hadapi itu banyak. Ada yang mungkin disebabkan oleh satu punca dan ada yang disebabkan oleh punca yang lain. Konsultasi lanjut adalah diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar permasalahan anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























