
zamrina
5 tahun
Sakit bahagian perut bawah Dan tengah
Saya mengalami sakit perut sejak 2 minggu lepas. Sakit yg disertai dgn angin, mual, tidak boleh makan banyak dan erut sentiasa kembung. Saya ingatkan pre-,menstrual tapi lepas datang period, sakit masih ada. Location sakit berpindah2, kadang2 tengah perut dan kadang2 ke bahagian bawah pusat. Untuk makluman, saya berumur 39 tahun dan mempunyai 4 org anak. Pernah menjalani BTL surgery. Harap doc dpt bantu. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Sembelit
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, sista (cyst) dalam ovari
- Masalah radang divertikular usus - sejenis kondisi apabila usus besar mempunyai “poket” yang mengalami keradangan
- Ketumbuhan dalam usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.