
Sulit
3 tahun
Sakit bawah dada dan terasa cucuk hingga keberlakang badan
Saya berumur 20tahun,saya mengalami sakit dada kanan bahagian bawah hingga terasa kebelakang badan seperti cucuk cucuk ini berlaku tidak terlalu kerap hanya berlaku contoh bulan ini mengalaminya dan di bulan lani tidak. Sakit ini hanya berlaku pada malam hari.sakit ini berlangsung hingga 2 atau 3 hari.saya mengelakkan mengambil makanan berat seperti nasi pada jam 7mlm atau keatas dan rasa sakit ini tidak ada.jika saya ambil juga maka akan jadi sakit dan rasa mual apabila muntah sakit berkurang atau hilang terus.akhir akhir ini di kedah tempat saya mengalami hujan jadi cuaca lembat dan sejuk.pada pukul 3 pagi saya terjaga dari tidur dan mengalami rasa sakit seperti diatas jadi saya mengambil keputusan untuk sapu minyak panas dan tidur selimut toto dan saya bangkit semula pada jam 6 sakit .
tersebut hilang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian bawah dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Pedih ulu hati
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Gastritis
- Masalah pada jantung
- Kekejangan otot
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.