Sulit

3 tahun

Sakit belakang dan leher

Hai saya berumur 21 tahun. Saya ada slipped disc bhgian L4,L5, dan S1. Sekarang ni saya rasa sakit di belakang belah kiri dari leher hingga ke kaki. Dulu saya tak rasa sakit seperti ni.
Leher dan bahu saya rasa sakit. Kadang kadang saya terpaksa tampung kepala saya guna tangan kalau saya tengah duduk. Belakang badan belah kiri dan kaki kiri saya masih rasa sakit even saya duduk atau baring. Kaki belah kiri saya kalau saya bersila atau saya duduk dia akan sakit dan kebas. Saya makan ubat tahan sakit pun msih sakit.

Tarikh appointment saya dengan doktor orto bulan 6. Apa perlu saya buat ye?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbang anda mengenai masalah bahu dan leher yang berlaku terutamanya ketika duduk atau baring semenjak ini. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi mungkin berkait dengan masalah tulang ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda iaitu:

  • Kecederaan pada tisu atau otot pada bahagian tersebut
  • Kecederaan pada soket bahu
  • Ketegangan pada otot dan tendon leher dan bahu akibat pergerakan leher yang mengejut.
  • Salah posisi tidur
  • Masalah tulang belakan yang boleh mengganggu pengsarafan saraf tunjang leher dan bahu. Ini dikenali sebagai Cervical Radiculopathy . Ia boleh disebabkan oleh faktor umur atau kecederaan yang pernah terjadi terhadap leher atau tulang belakang
  • Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
  • Masalah jantung. Namun anda juga akan rasa sakit dada dan sesak nafas.
  • Keradangan pada sendi tulang belakang atau sendi soket bahu.
  • Penyakit batu karang hempedu atau keradangan pada hempedu. Penyakit ini mungkin adalah amat berkait dengan masalah anda kerana ia mungkin boleh dipengaruhi oleh faktor jika anda tengah baring atau duduk.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Masalah sakit bahu dan leher adalah sangat subjektif dan berkait dengan pelbagai perkara. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

AdobeStock_229489267

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)