Sulit
2 tahun
Sakit Belakang dan rasa bengkak pada satu bahagian
Saya selalu mengalami masalah sakit belakang… Tapi pada tahun ini sy rasa sakit itu makin teruk… Dan ada pada satu bahagian tulang belakang sy, sy rasa mcm bengkak… Sbb apabila sy sentuh rasa sakit… dan bila tgk xde kesan lebam atau apa2…adakah sy patut merujuk kepada pakar? Sy tiada masalah untk buang air kecil semua normal…
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit belakang pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal
- gangguan saraf
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu rasa sakit
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul (ergonomik) apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
- kaki atau pinggang membengkak, kemerahan atau tanda-tanda inflamasi yang lain
- perubahan / masalah kencing atau buang air besar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.