Sulit
2 tahun
Sakit belakang dan rasa keletihan
Sy wanita umur 27thn sy ada masalah sakit belakang dan rasa keletihan semput dan kadang jantung rasa berdebar2 tanpa sbb rawatan apa yg patut sy ambil mohon penjelasan dari doctor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah sakit belakang dan rasa keletihan yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda
Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera, seperti:
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
- masalah jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.