
nurmadariraza
5 tahun
Sakit belakang kiri dan sakit dada
Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak kebelakangan ini saya merasa sakit belakang belah kiri dan menyebabkan dada kiri saya juga berasa sakit. Selain itu, sebelum saya tidur kekadang saya berasa berdebar tanpa saya tahu sebab nya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang dan dada yang anda alami boleh disebabkan:
- ketegangan otot - akibat tidur atau duduk tidak
- masalah tulang belakang - seperti scoliosis
- Masalah saluran darah aorta - seperti aorta koyak (aortic dissection)
- Masalah buah pinggang - seperti batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.