nurulrabiatul
4 tahun
Sakit belakang leher hingga ke kepala
Assalamualaikum doktor,saya nak tanya kenapa sejak akhir-akhir ini saya kerap kali menghadapi sakit belakang leher hingga ke kepala?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tengkuk dan belakang kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot leher - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Radang selaput otak - akibat jangkitan kuman, atau pendarahan
- Jangkitan kayap
- Tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.