
Anonymous
6 tahun
Sakit belakang leher kiri
Saya merupakan seorang pelajar perempuan yang berumur lingkungan 20 tahun. Akhir-akhir ini saya merasakan belakang leher kiri saya semakin sakit terutamanya apabila menunduk menghadap laptop dan membaca buku. Saya juga sering merasa kebas dan lenguh di bagaian tersebut, malah bahu saya juga turut sering terasa lenguh. Adakalanya, kedua-dua belah rahang di pipi menjadi sakit. Mohon Dr agar dapat membantu saya. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.